www.tech2.port5.com/goldventure
 

Selamat datang ke http://tech2.port5.com/goldventure
Ceriakan hari muka anda dengan kejayaan dan kecemerlangan
dengan mengunjungi laman web http://
tech2.port5.com/goldventure

Ketahui cara untuk mendapat pendapatan maksimum RM1,140 SEHARI dengan hanya modal pendahuluan RM200 SEKALI dan USAHA tekad yang berterusan.
Memperkenalkan peluang mencari pelanggan untuk Prime Goldbank Limited UK!

GOLDVENTURE.COM, ANDA BERHAK MENDAPAT MAKLUMAT, TAK SEMESTI SEMUANYA INDAH!
Penerangan ringkas memerlukan masa 20 minit untuk difahami oleh mereka yang faham berbahasa Malaysia.
Laman web ini bukanlah sistem autodownline dan dikarang semula untuk mudah difahami.



DEALERS IN SOLID GOLD PRODUCTS

Breakthrough in SOLID GOLD eBANKING and eNetworking!
PrimeBank Limited has changed its name as "Prime GoldBank Limited" with immediate effect.
Please login to our new web-site www.primegoldbank.com All old terms & conditions apply
KINI DI MALAYSIA.
Sejak April 2003. Keahlian baru bawah 10,000 orang.
Merdekakan diri anda dari belenggu kewangan sebelum 31 Ogos 2004.

Adakah PRIME GOLDBANK LTD Perniagaan Impian anda?
Keistimewaan Program Keusahawan PRIME GOLDBANK LTD
  • Modal hanya sekali serendah RM200 sahaja untuk satu akaun.
  • Tidak perlu membuat pembelian ulangan untuk mendapat bonus.
  • Produk yang mudah difahami oleh diri sendiri dan orang lain.
  • Plan pemasaran yang mudah difahami dan lumayan.
  • Potensi pendapatan mencecah RM1140 sehari yang berbaloi untuk diusahakan.
  • Mempunyai peluang dalam peluang untuk menggandakan pendapatan.
  • Modal tidak lebur, boleh dikeluarkan kembali selepas 6 bulan.
  • Jaminan wang dikembalikan sehingga 90%.
  • Bayaran dibuat 2 minggu sekali menggunakan cek.
  • Syarikat yang kukuh di Edinburgh UK dan Dubai UAE.
  • Tidak perlu membeli produk untuk digunakan.
  • Urusan mudah dan mampu dibuat.
  • Tidak perlu membeli starter kit.
  • Tidak perlu menjual barang.
  • Tiada yuran keahlian.

Dari meja,
MOHD. SUHAIMI SALEH
bertarikh: 10 Ogos, 2003
kemaskini: 14 Ogos 2003


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum,


Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang memberi kesempatan kepada saya untuk menerangkan serba sedikit tentang peluang keusahawan bersama PRIMEBANK Limited.

KONSEP PERNIAGAAN PRIME GOLDBANK LTD

PRIME GOLDBANK LTD bukan salah satu jenis bentuk pelaburan. Anda tidak akan mendapat apa-apa keuntungan kalau hanya menyimpan duit dalam bentuk emas di PRIME GOLDBANK LTD dalam bentuk dividen atau sebagainya. PRIME GOLDBANK LTD bukannya juga perniagaan jual beli emas. Konsep yang betul adalah hanya membuka akaun sahaja. Dengan PRIME GOLDBANK LTD anda bukan pelabur, bukan juga ahli, tetapi hanya pelanggan.


"Sebagus mana pun produk yang pernah saya pasarkan sebelum ini,
emas juga dipandang orang!"


Sebesar simcard telefon
bimbit jer
nih, 5 gram..
logik la kan..
Untuk membuka akaun dengan PRIME GOLDBANK LTD, anda perlu membeli wafer emas .999 seberat 5 gram yang diniagakan dengan harga USD50 bersamaan dengan RM200. Konsep yang sama seperti membuka Akaun Semasa di sebuah bank tempatan yang mengenakan bayaran minima sebanyak RM500. Emas yang dibeli ini kemudiannya disimpan dalam akaun anda di PRIME GOLDBANK LTD ibarat peti besi emas anda di sana. Emas tersebut bernilai dalam lingkungan RM267 hingga RM269 mengikut pasaran di Malaysia. Untuk kekal dalam sebagai pelanggan PRIME GOLDBANK LTD dan terus mendapat komisen dari PROGRAM MENCARI PELANGGAN eGOLD PRIME GOLDBANK anda tidak dibenarkan mengeluarkan emas dalam akaun anda untuk terus menyertai program ini. Secara logiknya jika tiada lagi emas dalam akaun, ini bermakna akaun itu telah ditutup.

Sebelum penutupan akaun dibuat, PRIME GOLDBANK LTD menetapkan proses ini hanya boleh dibuat selepas 6 bulan. Konsep yang sama seperti kebanyakan Insurans yang ada di Malaysia, atau konsep EPF atau Unit Trust dan sebagainya.


Andaikata anda telah berusaha tetapi masih tidak berjaya dalam Perniagaan PRIME GOLDBANK LTD anda masih mendapat kembali modal asal anda yang dilaburkan dalam masa 6 bulan. Jadi anda tidak hilang modal.


JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN


Jika anda ingin menutup akaun SEBELUM tempoh matang 6 bulan anda tamat

wang anda akan dikembalikan dalam bentuk cek atau bankdraf selepas ditolak 10% untuk pemprosesan. Walaubagaimanapun, penghantaran akan dibuat selepas tempoh 6 bulan anda tamat.

Jika anda ingin menutup akaun SELEPAS tempoh matang 6 bulan anda tamat
anda diberi pilihan samada DUIT NILAI EMAS SEMASA ( ditolak 10% ) dihantar dalam bentuk check/bankdraft
atau
emas dihantar kepada anda setelah anda membayar kos penghantaran, insurans dan sebagainya dengan tambahan USD10 (tidak termasuk dengan cukai negara penerima)
.

Harus diingat apabila anda meminta emas anda dikeluarkan dari PRIME GOLDBANK LTD, akaun anda tidak lagi aktif kerana tiada emas didalamnya. Dengan itu anda tidak lagi layak menaja dan mendapat ganjaran daripada penajaan anda.

Kos penghantaran adalah USD10 yang mana jika ditambah dengan USD50 berjumlah USD60 bersamaan dengan RM240. Masih lagi rendah dari harga pasaran. Jika anda meminta cek dihantar selepas emas sudah matang dan andaikan nilai emas seperti sekarang kerana emas nilainya agak tetap bermakna RM260 - RM26 bersamaan dengan RM234 yang mana masih lagi untung berbanding dengan modal anda sebanyak RM200 itu.


                                                                                             

"Kesimpulannya, PRIME GOLDBANK LTD memberi peluang
kepada anda untuk
mencuba menyesuaikan diri dalam perniagaan ini
tanpa hilang modal
."


PLAN PEMASARAN

PELUANG KEUSAHAWANAN

PRIME GOLDBANK LTD membayar ahlinya yang berusaha memperkenalkan kepada orang ramai dan menggalakkan orang ramai membuka akaun emas dengan PRIME GOLDBANK LTD.


Jika anda masih bersusah-payah
untuk mendapat keputusan yang anda impikan
sewaktu anda membuat permulaan
, tukar pendekatan anda sekarang.
Jika anda teruskan dengan apa yang anda telah buat,
anda akan dapat sepertimana
anda telah dapat"


Peluang keusahawanan PRIME GOLDBANK LTD tergolong sebagai Customer Referral Program atau Pelanggan dapatkan Pelanggan dan bukannya Perniagaan Pelbagai Aras (MLM) atau Pemasaran Berangkai (NM). Oleh sebab itu PRIME GOLDBANK LTD tidak tertakluk dalam mana mana undang undang jualan langsung atau MLM. Konsep yang sama seperti sebuah bank tempatan yang mengsyorkan ahli kad kredit emas untuk memperkenalkan kawan mereka dengan menawarkan sejumlah wang sebagai ganjaran.


APAKAH YANG ANDA DAPAT SEBAGAI PELANGGAN PRIME GOLDBANK?


Secara relatifnya, anda akan dapat apa yang anda beli. Anda akan diberi Tracking Center ( TC ), umpama pejabat maya anda. Di situ segala maklumat berkenaan butir peribadi, emas tersimpan, organisasi anda, komisen anda dapat dilihat dengan jelas. Tracking Center ini boleh dilihat oleh ahli setelah mereka login di laman web PRIME GOLDBANK LTD. Tracking Center(s) ini juga boleh di"link"kan jika anda mempunyai lebih dari satu akaun.

  Mail Box
 Inbox
 Compose
 Sent Folder

  Manage Accounts
 Link Accounts
 Remove Accounts
 Go to other Account

  Financial Matters
 Accounts Statement
 Cheques Report
 Funds Transfer
 Account Lock
 Copy of Cheque
 Buy e-Cards
 e-Cards Store

  Tracking Center
 Tracking Center
 Genealogy Tree
 Genealogy Left Group
 Genealogy Right Group
 Official Receipt
 Refunds

  Profile
 Edit Profile
 Change Password

  Logout
 Logout

 PB10594488   Nama Anda Saturday, August 16, 2003 6:50:22 AM  

 
C u s t o m e r    I n f o r m a t i o n
Account No PB8888888 Introducer PB10594488
First name Nama anda ID / Passport  
Last name Nama bapa anda Beneficiary Name  
Address Alamat anda
City / P.O Box Bandar Telephone no telefon
State Negeri Mobile no handset
Country MALAYSIA Date of Birth  
Email [email protected] Gender Jantina
B a n k    D e t a i l s
Name on Cheque Nama Penuh anda seperti dalam IC
Bank Name  
Bank Account Number  
Bank Swift/Sorting Code  
Bank Address  
T r a c k i n g    C e n t e r
Account Type Introducer A/C Date Received Volume Funds Commission
Left Right Out In Total Paid Balance
PB10594488 7/15/2003 520 484 130 520 4710 5050 50

Note : 1. Date format in MM/DD/YYYY
2. The Data/Records in this site are for reference only.
Account Type:
   5 grams Gold    10 grams Gold    20 grams Gold    50 grams Gold

   

Contoh Tracking Center
Tracking Center menunjukkan anda mempunyai 520 akaun sebelah kiri dan 484 akaun sebelah kanan. Jumlah keseluruhan komisen anda ialah USD4710. USD5050 telah dibayar mungkin kerana anda membeli 5 ecard virtual dan dapat 1 percuma. TC ini juga menerima USD520 dari akaun lain dan juga telah menghantar USD130 ke akaun lain. Jadi yang tinggal hanyalah USD50.


CARA MENDAPAT UPAH DARI PRIME GOLDBANK LTD?


PRIME GOLDBANK LTD menggunakan Compensation Plan Binary Matching 3 untuk membayar pelanggan-pelanggan mereka. Kepada yang masih baru dengan perniagaan seperti ini izinkan saya menerangkan dengan lebih lanjut dengan contoh-contoh yang sesuai. Setelah membuka akaun dengan PRIME GOLDBANK LTD anda layak menaja kawan kawan anda untuk turut sama membuka akaun dan menikmati Peluang Keusahawan PRIME GOLDBANK LTD. Setelah mendaftar anda diberi 2 kumpulan, kumpulan Kiri dan Kumpulan kanan.



* Susunan MESTI seperti ini


Secara teorinya setiap orang hanya perlu menaja 2 orang ( dan menolong 2 orang tadi untuk menaja 2 orang lagi dan seterusnya ) untuk menikmati semua faedah kewangan bersamaan PRIME GOLDBANK LTD. Tetapi sebagai orang yang lama dan berpengalaman saya dan anda pasti tahu bahawa dalam dunia yang nyata, ini jarang berlaku oleh kerana faktor-faktor tertentu.

T r a c k i n g    C e n t e r
Account Type Introducer A/C Date Received Volume Funds Commission
Left Right Out In Total Paid Balance
PB10594488 7/15/2003 1 1 0 0 0 0 0


Apabila jumlah akaun kaki kiri mempunyai 3 akaun dan kaki kanan mempunyai 3 akaun, anda akan dibayar sebanyak USD30 bersamaan dengan RM114. Saya ringkaskan ini sebagai 3 / 3 yang bermakna 3 kiri dan 3 kanan. 3 / 3 bermakna anda mempunyai 1 pasang dan melayakkan anda mendapat USD30 sebagai ganjaran.

T r a c k i n g    C e n t e r
Account Type Introducer A/C Date Received Volume Funds Commission
Left Right Out In Total Paid Balance
PB10594488 7/15/2003 3 3 0 0 30 0 30

Tidak kira bagaimanapun susunannya, atau siapa sahaja yang menaja, asalkan akaun itu berada dalam organisasi anda, cukup sahaja 3 akaun sebelah kiri dan 3 akaun belah kanan, USD30 akan dimasukkan ke dalam akaun komisen anda.


* Susunan pelanggan tidak langsung ( 4 yang terbawah ) TIDAK SEMESTINYA seperti ini



Setiap hari jumlah akaun akan dikira berdasarkan jumlah akaun baru yang dibuka dalam organisasi anda dan dibayar terus ke dalam akaun anda. Sebagai contoh katakan hari ini anda mempunyai 3 / 4 (singkatan bagi 3 akaun kiri dan 4 akaun kanan) akaun baru dalam organisasi anda maka anda dibayar USD30.



*STEP atau MATCHING atau PAIR adalah term yang sama untuk mewakili 3 AKAUN KIRI DAN 3 AKAUN KANAN

Mana-mana lebihan akan dibawa keesokkannya dan jumlah akaun baru anda adalah akumulatif, hingga ke infiniti.
Katakan pada esok anda mendapat 5 lagi belah kiri ( hasil dari usaha dan kumpulan pelanggan sebelah kiri anda ) dan 7 lagi di sebelah kanan anda. Jumlah pelanggan akan menjadi 8 / 11. Jadi anda layak mendapat komisen berjumlah USD60.

Komisen ini hanya dibayar sekali, bergantung kepada akaun baru yang dibuka dalam organisasi anda.


TIADA BATAS MASA


Ini bermakna memberi anda peluang yang secukupnya untuk belajar dan melatih diri sebagai Saudagar Emas PRIME GOLDBANK LTD. Anda boleh bekerja mengikut masa anda sendiri. Anda juga boleh sertai hari ini dan mula bekerja sebulan lagi. Tiada apa yang perlu dikejar. Tiada pembelian untuk anda lakukan untuk kekal mendapat manfaat di PRIME GOLDBANK LTD. Tetapi jikalau ini terlalu bagus, kenapa nak tunggu sampai esok?

Sebagai contoh anda menyertai Primebank tetapi tidak membuat apa-apa, selepas mungkin selepas 2 bulan ini akan terjadi. Sebelah kanan anda ada 88 akaun tetapi sebelah kiri masih 0. Pada masa itu anda hanya perlu menambah akaun di sebelah kanan anda untuk mendapat komisen. Contohnya anda tambah 3 belah kiri terus akan match dengan yang belah kanan dan terus dapat USD30.

T r a c k i n g    C e n t e r
Account Type Introducer A/C Date Received Volume Funds Commission
Left Right Out In Total Paid Balance
PB10594488 7/15/2003 3 88 0 0 30 0 30



PERATURAN FLUSH OUT KALAU LEBIH 10 STEP SEHARI

Untuk memastikan PRIME GOLDBANK LTD mempunyai sumber kewangan yang stabil, ia menghadkan pendapatan harian kepada USD300 untuk satu akaun setiap hari. Katakan hari ini anda mempunyai 32/28 akaun baru dalam organisasi anda, anda akan di bayar USD270 kerana 9 pair. 2 daripada 32 tidak lagi dikira dan tidak lagi dibawa keesokannya kerana peraturan flush-out yang dirangka oleh PRIME GOLDBANK LTD.

Dalam mana-mana kaki pun, kalau lebih 30 akaun tetap di flush-out walaupun tiada pair.


ADAKAH USD300 SEHARI TERLALU SUKAR UNTUK DIPERCAYAI ?

Mungkin permulaannya anda mengambil masa seminggu untuk mendapat 1 pair. Kemudian dengan bekerjasama dengan downline anda mungkin mendapat 1 pair lagi dalam masa 5 hari. Jadi total komisen anda adalah USD60. Kemudian kerana downline anda juga bekerja mendapatkan pelanggan mungkin hanya mengambil masa 2 hari untuk satu lagi pair, jadi jumlah komisen anda ialah USD90. Selepas itu anda akan mendapat 1 pair satu hari. Kemudian meningkat 2 pair satu hari dan seterusnya.

Tidak mustahil mungkin awal bulan setelah orang dapat gaji semua orang masuk serentak dan anda akan mendapat 10 pairs dan cecah USD300 dalam masa sehari. Dan kemudiannya mungkin selepas ini komisen anda menurun semula kepada 5 pair sahaja kerana komisen berdasarkan akaun baru yang dibuka.

Namun begitu, jika downline anda telah berkembang lagi besar dan dalam, tidak mustahil anda akan dapat USD300 hampir setiap hari.

" PELABURAN YANG BESAR DAN TERANCANG
MEMBERI PULANGAN HASIL YANG LUMAYAN...
JIKA DIUSAHAKAN. "

 

STRATEGI 3 AKAUN DAN SUSUNAN AHLI BARU

KIRI
KANAN


Jika anda mempunyai cukup modal untuk membuka 3 akaun iaitu RM600, anda boleh melipatganda komisen sehingga 6 kali ganda dengan usaha yang sama. Untuk penerangan, sila rujuk gambarajah di atas.

Akaun tambahan anda hendaklah diletakkan dibawah Akaun Utama anda. Akaun tambahan pertama anda hendaklah diletakkan di posisi 01 manakala akaun tambahan kedua diletakkan di posisi 02.

LANGKAH 1 adalah mengembangkan organisasi sebelah kiri iaitu bermula dari Akaun Utama > 01 > 03 dan diimbangi dengan mengembangkan organisasi sebelah kanan iaitu bermula dari Akaun Utama > 02 > 06.
Ini boleh dilakukan dengan mendaftar ahli baru dengan menggunakan Akaun Utama anda walaupun sebenarnya Akaun tersebut telah dipenuhkan dengan akaun anda sendiri. Jika anda memilih untuk mendaftar pelanggan baru disebelah kiri, sistem komputer PRIME GOLDBANK LTD akan mencari kedudukan kiri paling bawah bagi Akaun Utama anda yang masih kosong. Jika anda memilih untuk mendaftar pelanggan baru di sebelah kanan, sistem komputer PRIME GOLDBANK LTD akan mencari kedudukan kanan paling bawah bagi Akaun Utama anda anda yang masih kosong.

Ini bermakna jika anda mendaftar pelanggan baru dengan menggunakan Akaun Utama untuk kedudukan sebelah kiri, pelangan baru akan dimasukkan di kedudukan 03. Dan jika anda mendaftar pelanggan pelanggan baru untuk kedudukan sebelah kanan, pelanggan baru akan dimasukkan di kedudukan 06.

Apabila organisasi anda di 03 dan 06 telah berjalan lanjar dan mempunyai leader yang kuat hasil dari usaha anda mendidik dan memberi sokongan sewajarnya anda bolehlah mengambil langkah kedua. Pada masa ini, sudah semestinya akaun utama anda telah mendapat komisen yang cukup untuk membeli dua lagi posisi baru.

LANGKAH 2 ialah membeli posisi 04 untuk diri anda sendiri menggunakan duit komisen di Akaun Utama anda dan mengembangkan jaringan Akaun Utama > 01 > 04. Ini akan menyebabkan akaun 01 anda juga akan mendapat komisen yang sepatutnya hasil dari matching organisasi anda di 03.

Setelah anda mempunyai leader yang kuat untuk jaringan 04 ke bawah, anda boleh juga membeli akaun 05 untuk anda sendiri dan mengembangkan jaringan Akaun Utama > 02 > 05. Ini akan menyebabkan akaun 02 anda juga akan mendapat komisen yang sepatutnya.

Jadi bolehkah anda bayangkan apa yang terjadi dengan komisen Akaun Utama anda? Pembelian akaun 04 dan 05 adalah optional cuma ini memastikan anda senantiasa mempunyai ruang untuk memulakan jaringan baru dan menumpukan perhatian bagi jaringan baru tersebut.

LANGKAH 3
ialah dengan menggunakan organisasi yang sama, bolehlah anda memulakan kitaran emas yang lagi besar seperti G10 menggunakan duit komisen kita. Di sesetengah negara kitaran G50 telah pun bermula.

Jadi berapa jumlah yang mampu anda letak mengikuti tolerasi risiko anda sebagai modal?
RM200 untuk 1 akaun ? RM400 untuk 2 akaun ? RM600 untuk 3 akaun?
Atau terus dengan RM1400 untuk maksimum 7 akaun?


1 akaun yang kita usaha bersungguh-sungguh lebih baik
daripada 7 akaun yang kita tak usaha langsung.



TARGET KITA , HENDAK MEMULAKAN KITARAN G10 DALAM MASA 2 BULAN SETELAH MENDAFTAR. BEKERJA DENGAN CARA BIJAK...DAN PANTAS!

 

USAHA DAN FATWA

Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh UAE untuk Perniagaan ini. Setiap orang kena berusaha untuk mendapat ganjaran yang halal. Kesimpulan dari fatwa yang dikeluarkan adalah seperti berikut:

Terjemahan:

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian Alam, Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w.

Ini merupakan jawapan kepada persoalan yang dikemukakan oleh syarikat Primebank Limited yang beribu pejabat di London.

Secara ringkasnya:
Syarikat ini berjanji kepada pelanggannya yang membeli emas sekiranya nilai pembelian mereka sampai kepada nilai 50 dollar mereka akan diberikan hadiah 5 gram emas.
Syarikat ini telah mewakilkan syarikat (Prime Support Centre) untuk menyampaikan kadar emas yang disebutkan.


Jawapan:
Dari segi pandangan Fiqh Islam, transaksi ini termasuk dari jenis al-Ja'alah iaitu apabila seseorang melakukan satu kerja yang membolehkannya memperolehi pemberian yang ditetapkan atau tidak ditetapkan sebagai upah penat lelahnya.
Transaksi yang disebutkan ini termasuk dari jenis yang diharuskan, di sini tiada sesuatu yang melarangnya sekiranya produk yang dihasilkan ini tidak diharamkan dari segi Syariah atau undang-undang.


Wallahu 'alam

Fatwa ini ditulis oleh:
Dr. Muhammad Abd al-Rab al-Nazariy
Perunding Majlis Tertinggi Fatwa dan Wakaf
Dubai, U.A.E

"Jika ada usaha walaupun sedikit pada awalnya,
dan anda mendapat impalan dan ganjaran dari usaha-usaha mereka dibawah anda,
maka hukumnya harus. "


Jadi mereka yang membuka akaun dan mengharapkan pendapatan sebegini dalam PRIME GOLDBANK LTD mestilah berusaha, kalau tidak pendapatan kita berkemungkinan menjadi haram. Tugas utama mereka adalah untuk mencari potensi pelanggan untuk PRIME GOLDBANK LTD. Kemudian menerangkan secara jujur dan ikhlas tentang perniagaan PRIME GOLDBANK LTD sehingga meyakinkan pelanggan untuk membuka akaun dengan PRIME GOLDBANK LTD.

Perlu diingat HUKUM HARUS bermakna timbang-timbang. Kalau salah guna mungkin juga boleh mendatangkan mudarat. Dan fatwa ini bukan bertujuan untuk menghalalkan perniagaan PRIME GOLDBANK LTD tetapi cukup sekadar ia boleh dilakukan dan tidak menyalahi hukum.

Adakah PRIME GOLDBANK LTD Perniagaan Impian anda?
  • Boleh dijual hampir kepada semua orang.
  • Risiko yang amat rendah.
  • Modal permulaan yang rendah.
  • Kos overhead yang rendah.
  • Pengaliran wang positif dan inventori yang sedikit.
  • Boleh dilakukan di mana sahaja.
  • Peluang mempelbagaikan sumber pendapatan.



KESAHIHAN PRIME GOLDBANK LTD

PRIME INVESTMENT COMPANY diasaskan pada tahun 1937 oleh seorang jutawan Islam Mr Wilson Siraj ud Din di Dubai, UAE ( Ameriyah Arab Bersatu). Kemudiannya pada tahun 2002 didaftarkan semula sebagai PRIME BANK LTD dan dipindahkan ke Edinburgh United Kingdom pada tahun 2002 untuk pusat perniagaan yang lebih stabil dan global. Dan akhirnya pada 14 Ogos 2003 syarikat ini didaftarkan semula dan dikenali sebagai PRIME GOLDBANK LIMITED untuk nama yang lebih sesuai dengan jenis perniagaan syarikat tersebut. Syarikat yang kukuh dengan modal kapital sebanyak USD160 juta dengan bantuan pengurusan dari mereka berbangsa Eropah yang layak untuk membolehkan akaun emas Primebank diniagakan serata dunia secara online.  Ia menggabungkan ciri-ciri terbaik untuk perbankan dan pemasaran berangkai, bagi menentukan kejayaan untuk ORANG BIASA SEPERTI KITA.

Berlainan dengan bank-bank yang kita ketahui, PRIME GOLDBANK LTD hanya menyimpan emas dalam bentuk wafer, bar atau jongkong.Ia tidak menerima sebarang wang bentuk tunai untuk disimpan. Oleh sebab itu untuk membuka akaun dengan PRIME GOLDBANK LTD, pelanggan hendaklah membeli produk emas daripada mereka supaya mereka boleh disimpan dalam bank mereka. Namun begitu emas disimpan di Dubai dan di UK adalah tempat pengurusan PRIME GOLDBANK LTD. Dengan menjadi pelanggan PRIME GOLDBANK LTD, anda berpeluang untuk mendapat pendapatan berlipat ganda secara percuma dengan hanya mengajak orang lain untuk turut sama menjadi pelanggan PRIME GOLDBANK LTD.

Agen-agen PRIME GOLDBANK LTD telah tersebar ke banyak negara seperti Cina, Jepun dan India

PRIME GOLDBANK LTD adalah syarikat yang sah dengan Ibu Pejabatnya terletak di 39, Palmerston Place Edinburgh EH12 5AU, United Kingdom. Anda boleh mempastikannya dengan menyelidik di laman web kerajaan UK http://www.companieshouse.gov.uk/info/
Nota: Senarai syarikat dalam web ini hanya beroperasi pada waktu bekerja di UK, taip PRIME GOLDBANK dan klik Search.


KEPUTUSAN CARIAN YANG DIBUAT

Name & Registered Office :
PRIME GOLDBANK LIMITED
39 PALMERSTON PLACE
EDINBURGH
EH12 5AU
Status :Active 
Company No. :SC234860
Date of Incorporation : 01/08/2002
Country of Origin : United Kingdom
Company Type: Private Limited Company
Nature Of Business (SIC(92)):
None registered
Accounting Reference Date : 31/08
Last Accounts Made Up To :
Next Accounts Due : 01/06/2004 
Last Return Made Up To :
Next Return Due : 29/08/2003 
Previous Names
Date of Change : Previous Name :
12/08/2003 PRIMEBANK LIMITED
Branch Details
There are no branches associated with this company.
Oversea Company Information
There are no Oversea Details associated with this company.

 

TIPS
  • UK adalah sebuah negara yang agak tegas untuk menubuhkan syarikat. Dan juga sebuah negara yang tegas dalam memantau kes-kes penipuan secara online mahupun offline.
  • Terdapat banyak syarikat ataupun bank-bank yang menggunakan nama Primebank di serata dunia tetapi Primebank yang dimaksudkan di sini ialah Primebank Ltd yang beroperasi di United Kingdom dengan nombor pendaftaran syarikat 234860


Salinan Sijil Primebank sebagai satu syarikat yang sah


HALANGAN :
Adalah tidak masuk akal bagi sesetengah orang untuk kita berurusan dan berinteraksi dengan orang yang jauhnya separuh bumi dari tempat kita. Tapi bagi orang yang biasa dengan Internet ini adalah lumrah biasa. Nama domain dan hosting web ini juga di beli di USA menggunakan kad kredit.


BAGAIMANA ANDA DIBAYAR


1. Cek atau bankdraft

Apabila anda memperolehi komisen dari hasil usaha anda, cek atau bankdraft anda akan dihantar ke alamat anda. Namun begitu, primebank juga mempunyai sistem bagi pelanggan untuk menghadkan nilai minima sebelum cek dihantar.


Contoh Cek PRIME GOLDBANK LTD yang dihantar ke Malaysia.Zabedah Othman (Ipoh, Perak) dan Faudzi Saharat (Tasik Gelugor, P. Pinang)( tunjuk yang sikit jer supaya tidak menimbulkan rasa tamak dalam diri,
hanya untuk bukti memang ada orang yang telah dapat)

4 SYARAT UNTUK MENDAPAT PENDAPATAN

1. Jadi pelanggan dengan membuka akaun
2. Ada pelanggan kiri dan kanan
3. Ada matching
4. Dibawah had maksima UNTUK SEHARI

 

2. Hasil jualan Prime eCards

Penetapan nilai minima ini untuk membolehkan pelanggan mendapat pendapatan yang lebih dengan cara menjual eCards serial number dan pin kepada pelanggan pelanggan baru. Pembelian eCards boleh dilakukan melalui Tracking Center pelanggan dengan menggunakan wang komisen sahaja ( di sesetengah negara kemudahan PayPal boleh digunakan ). Tawaran percuma 1 untuk setiap pembelian 5 eCards secara pukal adalah cukup menarik.

eCard pula terbahagi kepada 2 iaitu Physical eCard (berupa seperti kad ATM yang mempunyai nombor dan pin untuk digores dibelakangnya) dan Virtual eCards (serial dan pin yang dibeli melalui Tracking Center). Virtual eCards memudahkan pelanggan untuk menghantar Nombor Serial dan Pin menggunakan SMS, atau secara online menggunakan Internet.


Bukan rahsia lagi.
Inilah cara buat duit USD300 sehari atau USD9000 sebulan dengan hanya bermodalkan USD50 sahaja! Ya, USD50 sahaja!
Dibayar dua minggu sekali.

 

SOALAN-SOALAN CEPU EMAS



1. Bagaimana awak boleh meyakinkan saya bahawa ini benar benar wujud?

Saya tak boleh yakinkan awak. Yang boleh yakinkan awak adalah awak sendiri. Tak guna saya tunjuk bukti, tunjuk emas, tunjuk cek, tunjuk sijil syarikat kalau mata awak dah pejam dan ragu ragu masih ada dalam fikiran awak. Jadi saya syorkan, awak cari kawan yang boleh dipercayai kat UK, minta tolong dia check samada ada PRIME GOLDBANK LTD nih wujud ke tak di alamat yang tertulis. Dua, check sendiri kat website Kerajaan UK, ada ke tak syarikat nih. Apa business nature dia. Tak puas hati gak, angkat telefon call oversea kat sana. Kalau ada kawan kat Dubai pun ok gak. Suruh diorang check tengok ada ke tak.

2. Adakah PRIME GOLDBANK LTD melabur duit kita di tempat yang halal?
Saya juga seperti anda, amat teliti dengan duit yang masuk kerana tak nak terlibat dengan perkara yang syubhat. Kalau boleh biarlah pendapatan yang diperolehi dari sumber yang halal dan diberkati. Kalau anda boleh buktikan satu transaksi PRIME GOLDBANK LTD kepada benda benda tidak halal, beritahu saya. Masa itu juga saya berenti buat perniagaan PRIME GOLDBANK LTD nih. Saya tidak arif bab check transaksi ni.

3. Apa risiko saya menyertai PRIME GOLDBANK LTD?
Anda tidak boleh menggunakan RM200 itu dalam tempoh masa 6 bulan. Dan kalau pun paling teruk anda akan kehilangan RM200 itu.

4. Apa jadi jika Malaysia mengharamkan PRIME GOLDBANK LTD dijalankan di Malaysia?
Emas kita di UK tetap selamat. Dan kita boleh buat di negara lain secara online. Walaupun PRIME GOLDBANK LTD adalah sah, kerajaaan mempunyai kuasa untuk mengharamkannya, mungkin setelah dilobi oleh orang-orang atau syarikat-syarikat yang rasa tergugat dengan kehadiran PRIME GOLDBANK LTD di Malaysia.

5. PRIME GOLDBANK LTD ada bagi dividen macam bank-bank lain tak?
Tiada.

6. Selamat ke berurusan dengan syarikat luar negara?
Kalau kita sendiri bukak syarikat dan telah maju sehingga telah membuka cawangan di luar negara, contohnya UK. Orang kat UK akan tanya benda yang sama.

7. Kenapa di UK, kenapa tak di Dubai sahaja?
UK adalah tempat yang lebih sesuai untuk perniagaan global, lebih selamat. Lagipun kepakaran orang di sana diperlukan untuk memastikan ia merebak ke serata dunia menggunakan Internet.

8. Emas yang macammana dijual di PRIME GOLDBANK LTD?
PRIME GOLDBANK LTD jual hanya emas .999 atau juga dikenali sebagai Emas Sepuluh. Kebiasaan emas yang jual di kedai emas ialah emas .916 atau juga dipanggil Emas Sembilan. Nombor itu merujuk kepada komposisi emas itu. Emas .999 adalah yang paling hampir dengan emas tulen yang mempunyai 99.9% emas. Hanya emas .995 ke atas sahaja yang layak diniagakan di peringkat antarabangsa dan layak dijadikan jongkong, wafer atau bar.

9. Kenapa logo dia sama ngan Hong Leong Bank?
Kebetulan. Tetapi biasanya identiti syarikat dipatentkan bersama dengan Logo dan Text sekali atau lebih dikenali sebagai LogoText. Dua company boleh ada logo sama dan nama sama dengan hanya jenis font sahaja berbeza. Patent logo PrimeBank di gazet di EU thn 1982 lagi manakala logo Hong Leong baru sahaja tukar dari gambar naga ke logo sekarang 2 tahun lepas.

10. Berapa banyak emas boleh disimpan dalam satu akaun PRIME GOLDBANK LTD?
Setiap akaun PRIME GOLDBANK LTD boleh diisi dengan satu jenis emas sahaja. Yang paling murah ialah G5. Jika anda hendak beli lebih dari satu buka lebih dari satu akaun.

11. Bagaimana kalau saya buka akaun tetapi saya tidak mampu mengajak orang membuka akaun dengan PRIME GOLDBANK LTD?
Kalau itu dah ada dalam kepala anda, itulah akan terjadi. Cuba lihat sekeliling anda, Berapa ramai yang tak suka emas? Tak suka perniagaan emas. Berapa ramai yang tidak nampak bahawa ini boleh membantu mereka? Rata-rata memang tiada masalah untuk membeli emas dan memulakan perniagaan PRIME GOLDBANK LTD ni, cuma apa yang mereka khuatirkan samada syarikat ini benar benar wujud atau tidak. Macammana saya tahu? Mereka pun seperti anda, seperti saya pada awalnya.

12. Kenapa mahal sangat untuk membuka akaun PRIME GOLDBANK LTD ?
Sebenarnya itu nilai emas. Duit kita pun bergantung pada nilai emas. Sebenarnya kita hanya tukar duit dari kertas jadi emas pada nilai sedikit rendah dari harga pasaran. Dan emas itu berada dalam bank. Memang kita tidak nampak macam duit kita dalam bank juga.

13. Benda nih nampak macam mudah sangat la, macam skim cepat kaya jer ?
Belum cuba belum tahu. Sebenarnya tak lah mudah sangat. Cuma tenaga anda tidak dihabiskan untuk memahami produk, memahami comp plan, senang kita nak buat business projection, pergi balik meeting hanya untuk belajar, seminar tapi tak produce, tak susah susah nak suruh downline maintain bulan bulan. Tenaga anda terus disalurkan untuk mencari pasaran baru dan rakan perniagaan PRIME GOLDBANK LTD ini. Tugas tugas follow-up, membina keyakinan, membina personal touch, tugas-tugas mendidik, memberi support dapat dijalankan dengan lebih sempurna. Anda ingin menjadi peniaga, bukannya pengguna! 90% peratus dari rezeki adalah dari perniagaan.


BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR

LANGKAH MUDAH UNTUK MENDAFTAR MENJADI USAHAWAN PRIMEBANK

JIKA ANDA INGIN MEREBUT PELUANG
KEEMASAN YANG BENAR BENAR EMAS JENIS 999 INI...
Sila ambil tindakan anda sekarang dan mulakan empayar
perniagaan emas
anda sekarang.



Langkah 1 : Beli ecard PRIME GOLDBANK LTD


1.1 Mula-mula, anda perlu membeli ecards atau PRIME GOLDBANK LTD prepaid card daripada introducer anda. Bayaran boleh dibuat dengan bersemuka, bank in ke akaun bank introducer, wang pos atau yang biasa saya buat pakai online banking sahaja kepada introducer anda. Dengan bayaran itu anda akan mendapat Serial Number dan Pin Number yang sah. Konsep yang sama dengan membeli prepaid untuk telefon bimbit jenis prabayar.


MAKLUMAT INTRODUCER

24 Jam 7 Hari Seminggu

MAYBANK
=

RHB = 1-07167-0000760-6

BSN = 08400-29-88294053-1

BpCommerce = 0704-1084192-52-6

BANK ISLAM = 07-016-02-006592-6

AMBANK =

eGOLD Account =

Nama : MOHAMAD SUHAIMI B. SALEH
Email :
[email protected]             [email protected]       


TeL    : 012-4232536 / 019-5414854

HARGA SELARAS SEMUA INTRODUCER DI MALAYSIA
                  
RM200

1.1.1
Langkah membeli eCard
1. Call cakap nak beli
2. Transfer duit
3. SMS confirm dah transfer duit
4. eCard akan diSMS dalam masa kurang setengah jam.


atau


1.2 Anda boleh juga terus mendapatkan ecard anda dari pengedar-pengedar ecard PRIME GOLDBANK LTD yang sah seperti yang tersenarai di laman web PRIME GOLDBANK LTD.

Nombor serial dan pin ini boleh dihantar daripada introducer kepada anda menggunakan SMS, email, chat atau sebagainya. Ini membolehkan anda mendaftar sebagai pelanggan PRIME GOLDBANK LTD.
 


2.1.4 PERHATIAN:

JIKA ANDA INGIN MENDAFTAR LEBIH DARI SATU AKAUN,
PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN NOMBOR AKAUN PERTAMA ANDA SEBAGAI INTRODUCER
UNTUK PENDAFTARAN BAGI AKAUN KEDUA DAN KETIGA.
SILA IKUT PANDUAN 2.1.2

 

"Jika takut dilambung ombak , jangan berumah ditepi pantai "
Mungkinkah membuka akaun dengan PRIME GOLDBANK LTD adalah silapbesar?
Atau penyelidikan terlalu lama menjadi silapbesar?

Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran sila hubungi :

   Fauzi   

Tel : 019-5414854




" Apa jua anda buat, jangan lepaskan peluang ini. "
Membuka akaun dengan PRIME GOLDBANK LTD adalah keputusan perniagaan ( business decision ),
tiada kena mengena dengan persahabatan atau rasa tertipu dan terpedaya. Saya hormati apa jua keputusan anda. Jangan jadikan keputusan anda itu merupakan satu lagi silapbesar untuk diri anda.
All right reserved. COPYRIGHT 2003 Mohd Azra Shamsuddin, Serdang, Selangor.
Nak Cut-and-Paste boleh. Minta kebenaran dulu.
Perniagaan baik, asasnya kena baik.

Laman web ini adalah hasil nukilan saudara Mohd. Azra Shamsudin. Beliau merupakan seorang usahawan Prime GoldBank yang telah berjaya. Beliau membina laman web ini bertujuan untuk memperkembangkan dan membantu para-para usahawan muda Prime Bank seperti saya. Saya harap beliau tidak keberatan membenarkan kita menggunakan laman ini bagi memperkembangkan lagi bisnes ini di Malaysia dan di mata dunia. Semoga usaha beliau sentiasa dihargai dan diberkati oleh Allah. Semua maklumat yang terdapat adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Dengan kesempatan ini saya mengucapkan selamat maju jaya    dalam mempertingkatkan ekonomi diri, keluarga dan ummah keseluruhannya.

© Copyright 2003, All Rights Reserved.
MADE IN MALAYSIA
www.tech2.port5.com/GOLDVENTURE